penghormatanTERAKHIRbuatMOMOT..


Assalamualaikum...

Salam sayang buat mereka2 yang mengenali MOMOT, seekor hamster yang cute, sweet, jinak, kuat makan, muka yang penuh dengan kejujuran dan paling penting merupakan pemberian istimewa ALLAH sebagai tempat mengisi kekosongan jiwa adik aku... MOMOT tu sebenarnyer hamster kesayangan adik aku dan buat pengetahuan korang2, hampir setiap malam dia bersembang ngan si MOMOT tu. Ermm... risau gak aku. Selain MOMOT, dia ade bela 2 lagi hamster yang mana dua2 ekor tu adik sedarah sedaging MOMOT jugak iaitu SHIRO dan NO-NAME.

Aku penah tanyer kenapa dia paling sayang MOMOT daripada SHIRO dan NO-NAME..? Dia cakap dia sayang sangat kat MOMOT sebab MOMOT mempunyai pandangan mata yang penuh dengan cahaya kejujuran. Aku ader gak try tgok mata MOMOT dan takde plak aku nampak cahaya kejujuran tu. Em.. Betul ke dia nih..??

Hampir setahun MOMOT lahir dan menjalani kehidupannya sebagai seekor hamster, ia kemudiannya meninggalkan kita semua pada hari ini bersamaan 27hb JUNE 2009. Kerja penanaman berlaku pada sebelah petangnya. Abih parang abah aku kejekan. Kitorang tanam MOMOT kt atas bukit depan umah. Pas tanam tu aku bagi idea nak wat tanda kat situ. Mula-mula pilihan pertama kitorang nak spray batu kt situ tapi cari punya cari, spray lak takde. Then aku pun selongkar kotak lama dan dengan tak sengajanyer aku terjumpa kapur jahit dlm kotak tu. Pastu bermulalah aktiviti melukis kami petang tu.

Pada batu tu aku lakarkan huruf "M" sebagai tanda nama MOMOT. Aku bagi kat adik aku dan suh dia letak tanda kat situ dan dia tulis "A (simbol LOVE) M". Pastu kitorang wat sesi menabur bunga. Adik aku tabur bunga tapi aku tabur serbuk kayu dan kulit kuaci bekas MOMOT masa dia hidup.. Cuaca masa tu mendung dan hujan turun rintik2 masa MOMOT dah siap ditanam.

Yang paling kelakar masa kematian MOMOT, aku menangis. Padahal aku tak berapa nak rapat la ngan hamster2 tu sebab diorang nih kuat menggigit dan aku hanya bagi diorang makan je. Pada malam sebelum MOMOT mati lagi aku dah cry gila2 sebab tak tahan tgok dia menahan sakit. Aku asyik cakap kat adik aku yg MOMOT mati esok dan dia pulak marah2 aku sebab cakap camtu. Aku dapat rasa dia nak mati sebab masa dia dalam sangkar ngan siblings dia, tak habis2 dia nak mengelak. Bila aku pandang dan panggil nama dia, dia membelakangkan aku. Ngan adik aku pun MOMOT wat camtu gak. Memang petanda kalau haiwan peliharaan kita sakit dan hampir menemui ajal, diorang akan mengelak daripada tuannya. Kucing aku dulu pun camtu jugak.

Esok pagi tu aku bangun cam biasa dan aku cakap kat adik aku, taknak tengok MOMOT ker? Pastu aku gi sangkar dia (kitorang dah asingkan sangkar dia siap2) dan aku tak nampak pun gerak nafas MOMOT. Pastu aku angkat sangkar tu dan aku tunjuk kat adik aku. Aku cakap kat dia tak nampak MOMOT bernafas pun. Pastu aku pegang dia, badan MOMOT keras dan dingin. Hanya bulu dia jer masih lembut dan elok lagi. Then adik aku menangis dan panggil MOMOT banyak kali. MOMOT plak macam tu la, diam dan kaku.

Memang sedih gile ar bila MOMOT mati tapi aku dah mintak maaf awal2 kat MOMOT sebab pernah anti kat dia dulu. Mana taknya, ader ke adik aku cakap dia jinak dan tak gigit orang. Aku pun dengan konfidennye pegang la MOMOT, last2 MOMOT gigit ibu jari tangan kiri aku. Berdarah dan..... SAKIT...!!! Tapi semua tu kenangan. Sekali tu je aku pegang MOMOT dan aku dah maafkan dia pun. Huuhuhuhuu... Aku tengok MOMOT mati ngan tenang kat atas towel yang kitorang sediakan untuk dia.. So, takde la rasa kecewa sangat pas dia 'pergi jauh'.

Ni la salah satu sebab kenapa dan mengapa aku tak suka bela menatang2 peliharaan. Bila kita bela menatang peliharaan, kita akan mencurahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kat dia. Then bila tiba ajal dia, kita takleh wat apa melainkan melepaskan dia dengan cara yang baik dan redha. Aku paling tak suka perasaan merasa kehilangan orang-orang yang aku sayang. Sebelum ni aku penah bela sekor kucing, nama Ciko. Mati depan mata aku. Then aku bela ikan plak, pun mati jugak. Perasaan bersalah tu tak payah cakap ar. Sesak jiwa raga. Sekarang ni plak walau sebanyak dan segila mana perasaan suka aku kat haiwan2 peliharaan ni, aku takkan bela. Never! InsyaALLAH. Tapi klau aku terserempak ngan kucing kat mana2, aku ader la belai cuma nak bawak balik nak bela mmg aku dah serik. Serik untuk merasai sakit perit perasaan kehilangan tu..

So, pasal MOMOT tu aku harap adik aku tak rasa sedih sangat la sebab ader 2 ekor lagi hamster dalam jagaan dia. Taktau plak bila dia akan merasa lagi saat2 duka cam gini. Bukan aku tak ingatkan tapi dia sendiri nak bela. Bagi je laaa... Huuhuhuu... Pada MOMOT, insyaALLAH aku harap dia bersemadi ngan aman... Aminnnn...

Nota selit:
Hargailah orang2 dan menatang2 kesayangan korang sebab korang taktau dan memang takkan tau pun bila dan di mana saatnya diorang akan meninggalkan korang pulak..

0 comments:

Post a Comment