Wahai Orang2 Muslim... Makna Tidak Baik Disebalik "A'kum"



Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

----------------
Now playing: ST 12 - Cari Pacar Lagi
via FoxyTunes

To SASRUL AZMIRA... Semoga Kekal Hubungan ke Jinjang Pelamin.. InsyaALLAH. Aminnn...


Assalamualaikum...


10 Julai yg lalu aku baru sampai Seremban. 2 minggu lepas aku still ader kat Perak lagi menghabiskan cuti sem aku kat sana dan 2 minggu yg lepas tu jugak la aku gi umah member aku B'are. Dia bertunang. Aku ngan member aku, Faizah terkejut gak sebab takde angin takde ribut tiba2 dgr dia nak bertunang Tu pun Mumtaz member masa form 5 bagitau. Kalau tidak taktau aku dia bertunang hari Sabtu tu. Aku igt nak ajak Faizah merempit ngan aku sekali ke SKC tapi dia lak bz ngan bisnes pasar malam family dia. Mun (Mumtaz) dah ajak, so aku kena gi ar. Dah plak tu B'Are (Sasrul Azmira) boleh dikatakan ngam ngan aku dan budak2 pompuan kelas 4/5 Teknikayg lain sebab course Teknikal tu lebih ramai budak lelaki berbanding budak pompuan. Pompuan just 7 org je (aku, Mun, B'Are, Linda, Hazah dan Mastura). Yang lain suma lelaki. So, disebabkan Faiz (Faizah) tak dapat ikut, aku ajak la adik aku gi sama.


Seperti yang dirancang, aku gi umah Mun dulu sebab kitorang dah janji nak gi sama. Lagi pulak aku tak berapa igt sangat jalan ke rumah B'Are. Aku igtkan aku lambat sebab rancang kul 11-00 pagi tapi sampai kul 11.30 pagi. Rupa2nya Mun lagi lambat. Bukan aper, dia plak beriya2 cam dia yg bertunang. Hahahaaa... Memang terserlah baju yang dia pakai hari tu. Berkilat2 macam baju mak datin.. Hee.. Sementara aku ngan adik aku tunggu 'mak datin' tu bersiap, kitorang sempat main2 ngan kucing2 dia. Masa tu aku tengok ader 3 ekor. Aku main ngan kucing dia yg kaler oren(gambar kat atas tu).. Betina tapi ganaz siottt... Bercalar abis tangan aku. Pas main, aku tangkap ar gambar dia. Memang mesra kamera si oren tu. So takde masalah posing untuk aku. Huhuhuhuhuu...


Dah bersiap si Mun tu, kitorang pun bergerak ke rumah B'Are. Dia merempit ngan adik dia. Aku merempit ngan adik aku. Memang rempit abis ar sampai reben yg diorang letak kt barang hantaran B'Are tertanggal. Hahahhaaa.. Dah sampai, kitorang bersalam ngan mak B'Are. Dah masuk je ke umah B'Are, aku nampak B'Are macam celebrity lak. Penuh flash kamera kt muka dia. Dia berbaju tunang kaler hijau. Cantik dan tak macam B'Are yg aku kenal masa sekolah dulu. Dulu sempoi gile minah tu. Sekarang ni cantik dahhh.. Huhuhuhuu.. Masa tgh sibuk tgok B'Are, ader member duk panggil nama aku ngan Mun. Rupa2nya member masa sekolah menengah dulu pun ader datang sekali, Emma dan Salmizah. Diorang still macam dulu. Aku je yang lain, makin chubby. Huahahahaaa..!! Seperti gambar kat atas tu, Emma sebelah kiri dan Mun sebelah kanan. Gambar Mizah aku ader ambik gak tapi masa dia tgh makan. Dia taknak aku paparkan so gambar mun ngan Emma jer la aku tunjuk. Lagipun gambar tu mulut dia penuh dgn nasi. Heehee.. (sajer ambik gambar macam tu..) Kenangan.. kui.. kui... kui... Dah berjumpa tu apalagi, mulalah isu bercerita tentang diri masing2. Yang paling banyak, isu tentang kawin. Bila diorang tanya aku, aku cakaplah aku takleh potong line Mun. Mun dah kawin, baru aku leh naik pelamin gak. Hahahaa... Tak pasal2 Mun lak kena kawin dulu daripada aku. Mizah dah kawin dan ader anak dah. Emma bertunang. Mun ngan aku je lagi still takde ikatan aper. Tapi Mun tu mesti dah ader bf dah. Sajer tak mo cakap kt aku. Rahsia konon. Aku jer still single. Hahahaa!! Single la sangat.. Huhuhuuu...


Dah bersembang sakan, aku masuk bilik B'Are nak tangkap gambar dia. Aku tgok banyak gak barang hantaran pihak perempuan. Tapi dalam banyak2 tu aku berkenan sangat kat hiasan yang berbentuk sotong tu.. Cantik. Kaler pink lagi. Huhuhuhuu.. Pas tangkap gambar B'Are, aku tangkap gambar Mun ngan Emma. Then, pastu makan dan kitorang balik. Memang meriah la.. Majlis betunang macam majlis akad nikah lak. Baju dia pun vogue giler.. Cam baju nikah sampai aku ngan Mun keliru saman ada dia bertunang or bernikah. Hahahaa!! Tapi apa2pun, aku ngan member2 doakan hubungan B'Are ngan tunang dia kekal sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia dunia akhirat. InsyaALLAH, aminnn...


Selingan: Bila laa Mun nak kawin nih.. Baru cepat aku dapat seru.. Huhuhuhuhhuu..


----------------
Now playing: ST 12 - Jangan Pernah Berubah
via FoxyTunes

Menangis Dalam Kelas Mr. Woo Semata2 Tak Boleh Lupa Arwah Atok

Malam ni aku mengantok gila2 tapi rasa susah lak nak tido. Tak tahu knapa malam ni aku asyik teringat kat arwah atok aku.. Mungkin sebab bulan ni bulan Rejab dan hampir nak masuk bulan Ramadhan (bulan ibadah-bulan posa) dan Syawal (hari kemenangan-hari raya Aidilfitri).

Atok aku meninggal pada 14hb Februari tahun nih. Sebelum atok meninggal, akan ade sebab untuk aku dan family balik kampung. Bukan takde atok sedara yg duk kat situ. Ade... memang ader tapi tak sama ngan atok aku. Perasaan nak balik kampung pun dah tak sama cam dulu. let me say... there's something missing..

Aku tak boleh lupa time abah call kul 5 lebih.. Lebih kurang 5:05 minit macam tu laa. Masa tu aku kat Seremban. Aku yang mamai ni ambik masa gak fikir aper yg abah cakap tentang arwah atok. "....atok meninggal kul 5 pagi tadi...", kata abah. Erm.. Aku diam je masa tu. Takde perubahan yg berlaku. Pastu, abang sepupu aku call. "...tau kan atok..." Belum pun sempat dia habiskan ayat, aku mencelah, "...aku tau, atok dah meninggal.."... Pas dia letak fon jer, aku baring dan masa tu baru aku sedar yang arwah atok dah takde lagi. Then, aku menangis semahu2nya sampai member serumah yg tidur sebelah aku pun pelik dan asyik tanya "kenapa?".

Perkara pertama yang aku fikir masa tu ialah aku nak balik. Walau macam mana pun aku tetap nak balik. Aku sedih gila2 dan benda tu jer yang aku fikir, nak gi tatap wajah arwah atok aku wat kali terakhir. Tapi bila aku dah sampai kampung, aku rasa terkilan sangat2 sebab orang2 kampung dah kebumikan arwah awal pagi. Ermm..

Aku takde la rapat sangat ngan arwah kalau nak dibandingkan ngan sepupu aku yang lain tapi aku sedih sangat2 sebab banyak kenangan aku ngan arwah especially time makan kat kampung. Sebab setiap kali makan, arwah atok aku akan letak periuk nasi kat sebelah aku. Padahal aku takde ar kuat makan pun. Heehee... Adik aku yg kering tu lagi kuat makan. Maunyer berbukit gak nasi dia letak. Mengkin sebab badan aku yang chubby2 nih wat dia igt aku ni kuat melantak kot?!!

Ada satu benda yang wat aku teringat kat arwah atok aku termasuk gak masa dia ada lagi. Rendang kerang. Huhuhuuu... Aku taktau plak arwah pandai masak rendang kerang. Masa rasa rendang tu, aku tertanya2 saper la yg masak rendang kerang sedap cam gini sebab masa tu mmg aku tak lapar dan takde selera nak makan sebab kenyang. Hari raya makan macam2, saper yg tak kenyang. Bila aku try spy sini, spy sana... baru la aku tau arwah atok aku yg masak. Perghhh... sedapppp!! Merasa gak la aku makan rendang arwah atok.

Satu lagi yg wat aku teringat kat arwah ialah waktu setiap kali panaskan lauk. Benda ni pun masa hari raya gak. Aku nak panaskan rendang daging kat kuali besar. Arwah atok aku masa tu ada kat dapur. Agaknya dia tengok aku kacau rendang dgn gaya yang agak plik, so dia datang tegur aku. Dia kata kalau kacau rendang, sauk sekali bahagian tengah, nanti hangit kalau tak wat cam gitu. Sampai sekarang la aku still ingat lagi pesanan arwah.

Selepas arwah meninggal, aku ader wat menda pelik masa kelas English (kelas Mr. Woo).. Aku boleh menangis masa Mr. Woo sebuk2 mengajar. Hahaaaa.. Aku taktau kenapa aku rasa touching sangat2 masa tu. Dah la setiap kali kelas dia, aku duk depan. Pastu plak aku cry tak henti2. Nasib baik member ader kt sebelah tolong cover skit2. So takde la nampak sangat. Mr. Woo plak masa tu asyik menghadap papan putih. SO, dia tak perasan ar... Adusss.. camne lak leh terbayangkan arwah atok aku pas tgok Mr. Woo ni pun aku taktau ar... sebelum ni takde plak.

Aku pun taktau la tahun ni camne lak rasanya balik kampung tapi yang pastinya, jiwa aku kosong. Walaupun ader sepupu2 lelaki aku yang rajin menyakat, mesti akan ada suatu saat aku rasa somthing pelik takde arwah kat situ. Tapi aku bersyukur sangat2 ader diorang2 ni sebab tak rasa sunyi sangat..

Pas arwah atok aku meninggal (bulan 2), arwah atok member aku DIN plak meninggal masa bulan 3, arwah atok UMI meninggal masa bulan 4 dan arwah tok wan SYA meninggal masa bulan 5. 4 bulan berturut2 lak tu berita menyedihkan. Yang peliknya kawan2 yang kire rapat gak la..

Kepada sesiapa yang masih ada atok tu, selalulah gi ziarah diorang. Diorang taknak harta benda korang tu cuma sedikit perhatian dan kasih sayang. Percayalah. Sebab masa arwah atok aku jatuh sakit dulu, rajin gak la aku ngan family melawat atok. Gelak tawa cucu sebenarnyer penawar sakit tua tu sendiri.. Kepada mereka yang senasib dgn aku, marilah sama2 kita sedekahkan al-Fatihah buat mereka. Semoga mereka di tempatkan dalam kalangan hamba2 ALLAH yang soleh dan mereka2 yang beriman. Al-Fatihah... Aminnnn...

Hargailah seseorang yang pernah hadir dalam life korang k..


Lirik/Tajuk Lagu: Saat Terakhir
Artis/Penyanyi: ST-12

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun kubayangkan
Kau akan pergi tingalkan ku sendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi tingalkanku sendiri

Dibawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu.. begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup ini terjadi
Karna ku sangat cinta

(*)

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa
Cintai kamu,kamu,kamu dihatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup

Satu jam saja kutelah bisa
Sayangi kamu dihatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Dinantiku

Jom Ungkap Rahsia Tarikh Lahir Si Dia...


1 hb:
>> Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu, minta si dia mainkan satu lagu dgn petikan gitar @ tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir bahawa kamu juga mempunyai citarasa yang sama dengannya. <<


2 hb:
>> Kamu boleh mengharapkan sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu2 kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu cinta akan berputik pula... <<

3 hb:

>> Sikap si dia sukar diramal dan kamu harus menerima sebarang kemungkinan. Si dia gemar malancong @ berkhemah dan menyebabkan si dia kekurangan masabersama kamu. Apa kata kalau kamu berkongsi minat dgn si dia dan dari situ kamu boleh memahami sikap si dia. <<

4 hb:
>> Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yg baru. Apa kata setiap kali si dia bercadang utk melakukan sesuatu perkara, kamu berilaha sepenuh sokongan dan galakan kepadanya. Katakan yang si dia boleh melakukannya. Dengan semangat yang kamu berikan kepada si dia, pastinya si dia merasakan hanya kamulah teman setianya.

5 hb:
>> Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia ketika bersama. Kamu juga boleh menunjukkan tanda2 kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu2 untuk memilih kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu mengorak langkah dahulu. <<


6 hb:
>> Si dia umpama magnetik dan semua org sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa sahaja yang bermasa’alah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda si dia menyukaimu. Apa kata kalau kamu berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan senang atau susah. Mungkin si dia akan terus tertarik kepadamu. <<

7 hb:

>> Panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia berada di dalam mood yg baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia makan nasihat! <<

8 hb:
>> Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu utk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika ada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak utk memancingnya dengan topik2 yang 'tip-top' agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak! <<

9 hb:
>> Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi, awas! Ramai jejaka/gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Pasti si dia menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan kamu berdua. Ok le tu! <<


10 hb:
>> Seorang yg jujur, berterus terang dan akan berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi org sekelingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung. <<

11 hb:

>> Mementingkan kerjaya adakalanya sehingga melupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajaknya ke majlis yang dianjurkan teman2. Katakan padanya, janganlah terlalu mementingkan soal kerja dan dia juga memerlukan rehat yang cukup. Kerja... sampai mati pun takkan habis!!? <<

12 hb:
>> Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal yang remeh-temeh. Yang penting bagi mereka adalah soal kerjaya dan masa depan. Untuk menambat hati si dia, seseorang itu haruslah belajar untuk bersikap sederhana tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan ter'over' caring... <<

13 hb:

>> Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin pertama kali seseorang itu akan cepat merasa bosan. Namun yg pasti jauh di sudut hati, mereka ini seorang yang penyayang walaupun tidak dibuktikan dgn kata2. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan dari org lain... <<


14 hb:
>> Berjiwa penyayang dan sukakan kanak2. Ada ciri2 ibu/bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu mengenali keluarganya serta belilah jiwa ibubapa dan adik-beradiknya yg lain. Apa yg pening kamu mestilah bersifat penyayang, bukan sahaja pada si dia malah kepada keluarganya.

15 hb:
>> Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya terukir senyuman namun di hatinya siapa tahu? Bagi kamu yg memang semualajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata2 tapis dahulu agar hati si dia tidak tersinggung. <<

16 hb:
>> Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi, AWAS! Jika kamu tersilap langkah, mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah jejaka/gadis jenis ini sukar untuk didekati. Untuk mendekati mereka, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam. <<

17 hb:
>> Lembut. Sekali pandang mungkin kamu akan menggambarkan si dia ini jenis yg lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yg tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara utk mendekatinya? Senang jer... Ambil berat dan jangan ambil peluang disebalik sikapnya yg lembut. <<

18 hb:
>> Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dgn hobinya. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa duduk di hadapannya berjam2 lamanya utk si dia menyiapkan potretmu. Tang ni lah kamu kena mantain ayu! <<

19 hb:

>> Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti 'baby'. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu sahaja, kamu juga kena selalu memberinya kata2 puitis kepadanya. Jiwang karat laa plaks! <<


20 hb:
>> Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yg mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit, yerk!?? Ia takkan membantu kamu utk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yg disembunyikan itu. <<

21 hb:

>> Sering bersikap 'moody' tetapi masih boleh dikawal. Tetapi si dia gemar bersantai di cafe2 sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu perlu tahan dgn sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yg jenis sempoi dan tak kisah, amat sesuai dgn mereka yg bersikap begini. <

22 hb:
>> Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dgn pujuk rayu seseorang. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu si dia. Jatuhlah maruah, beb!!! Tetapi kamu kenalah lemah-lembut dan bersopan-santun bila berhadapan dgn si dia... control ayu!!!<<

23 hb:

>> Seorang yang agak ego, 'moody' dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga amat mementingkan kawan2nya. Walaupun adakalanya sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu bertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak kata bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang sajer? Apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!! <<


24 hb:
>> Seorang yg takut menghadapi kekecewaan. Mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu sebagai kekasihnya yg sebelum ini pernah melukakan hatinya. Jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain drpd yg lain. Misalnya setia dlm perhubungan. Jangan pandang org lain ketika bersamanya. <<

25 hb:

>> 'Happy go lucky' dan gemar membuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap seperti itu. Bertambah cerialah hubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai membuat lawak, baik diam sahaja! Kang jadi lawak bodoh pulaks. Haru!!! <<

26 hb:
>> Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yg berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya! <<

27 hb:

>> Walaupun nampak brutal namun sebenarnya berjiwa sentimental. kamu jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana dia mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya kamu berjanji dengan si dia... <<


28 hb:
>> Si dia suka memerintah. Teruklah kalau macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apakata kalau kamu mengingkari arahannya dan kata padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini dapat mengubah sikapnya itu. <<

29 hb:

>> Orang yang gemar bertukar2 pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat2 jual mahal dah tentunya si dia ingat kamu ni sangat susah utk di'tackle'. Tentu si dia rasa tercabar dan cuba utk mendekati dirimu. <<

30 hb:
>> Seorang yang boros berbelanja terutamanya me'make-up'kan kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh berikan nasihat supaya si dia boleh mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang utk masa depan.

31 hb:

>> Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan seseorang yang berpesonaliti. Kamu hendaklah mengubah penampilan. Kalau selamu ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah style lebih up to date dan trendy. <<



WANITA = COMPLICATED..? Tak laa...!!


MELESTARIKAN cinta antara pasangan memang mudah jika tahu caranya. Cinta antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang mengundang banyak masalah dalam perhubungan.

Ukuran cinta seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata. Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat lelaki mampu mencair hati golongan hawa.

Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan lelaki sukar menelaah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan psikologi wanita itu sendiri.

Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang menghargai kasih sayang yang dicurahkan.

Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada segalanya. Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.

- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.

- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

- Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!

- Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.

- Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.

- Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.

- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.

- Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.

- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

- Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.

- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.

- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.

- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.

- Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.

- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.

- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

- Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.

- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

- Senjata wanita adalah air mata!

- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.

- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.

- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang........!!!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut...

Moralnya:
Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.....