AKAIME Dapat Naib Juara Dalam Batik...??!!!


Assalamualaikum...

Banyak benda yang berlaku minggu ni.. Tapi alhamdulillah walaupun banyak gak benda yang tak best melanda life aku minggu nih, tapi still ader benda hepi yg berlaku kt family member aku... huhuhuu.. baru2 nih adik aku (akaime - hanya nama samaran semata2) diberi peluang untuk bertanding dgn ramai lagi wakil sekolah kt negeri Perak dalam pertandingan seni. Pertandingan tu kira besar gak la dan hanya seorang wakil lelaki dan wakil perempuan sahaja yang dipilih untuk mewakilkan sekolah masing2.


Akaime ni plak mmg dia nak sangat2 gi teluk batik (tempat bertanding).. So, bila dapat mmg dia hepi giler2. Tp bila dia dah dapat asgnment aper yg dia perlu wat masa hari pertandingan tu, dia jadi cuak. Hahahahaaa.. mana taknya, dia kna wat batik dan arca. Sebelum ni mana dia ader basic wat batik. Then, dia msj aku tanyer camne nak wat batik sebab masa STPM dulu asgnment untuk art visual aku kna wat batik..


Benda pertama yg aku bagitau kat dia, rajin2 praktis mencanting batik... dia kata tak cukup masa sebab baru tau dan esok lak kna pergi... tapi dia cuba gak la.. Then aku tanyer dia, apa subjek metal dan fungsi batik tu? Dia kata subjek metal hidupan laut dan fungsinya plak sebagai hiasan dinding. So, bila dah tau senang skit la aku aku nak bayangkan camne motif batiknya..


Aku suh dia wat simple je dan jangan banyak sangat objek yg dia letak dalam tu. Nanti berserabut.. Dalam btik ni, yg penting penggunaan warna. Perlu tau jugak bezakan warna latar dan warna objek. kalau sama jer, suma org taktau motif aper yg dia cuba tonjolkan..


Pastu terangkan kat dia, dia faham skit. Pastu aku janji ngan dia nak tolong dia. Petang tu jugak aku cari subjek metal dalam internet dan mulalah operasi melakat motif.. huhuhuhuu.. dah lama rasanya tak melibatkan diri ngan kerja2 seni ni... So, memang buntu sekejap laa.. tapi bila dah siap lakar, alhamdulillah aku rasa puas laa... Akhirnya, siaplah lukisan batik aku (seperti gambar di atas.. huhuhuhuu..).. ok tak? simple jer... aku bagitau kat dia, kalau tak dapat ikut sepenuhnya, ambil yg dia rasa penting dan senang untuk dia canting atas kain nanti. Tapi yg penting kata aku, batu karang tu kna ada. Tu yg dapat beza laut dengan sungai. heehee.. Pertandingan tu mengambil masa 4 hari. Masa hari bertanding tu, aku hantar mesej untuk bg semangat kat dia. Berderet2 gak la kata2 semangat dan tips2 terakhir yang aku taip untuk dia... heehee...


Selepas 4 hari, dia hantar mesej kat aku.. Dia menang dapat naib juara dalam batik. Juara plak wakil lelaki yg satu sekolah ngan dia. Tak sangka lak aku pemenang daripada sekolah yang sama. Mesti bangga giler cikgu Akma (my ex-art-teacher). Akaime kata cikgu2 daripada sekolah lain puji batik dia sebab cara dia canting batik macam pro.. hahahahaaa... tak sia2 dia praktis mencanting walaupun tempoh masa nak praktis tu terhad. tapi apa2pun aku bangga ngan dia.. Dia kata nak kongsi hadiah ngan aku.. bukan calang2 hadiah yg dia dapat. Peralatan seni Buncho dan Alpha tu bukan murah especially Alpha. Banyak tul dia dpat. Pendek kata, hadiah tu adalah benda yang dah lama aku idam2kan masa jadi art student.. Uwaaa~~!! Aku nak dia lak yg dapat.. huhuhuuu...


Bila fikir balik, aku rasa rindu ngan dunia art aku. Dlu boleh dikatakan setiap masa melukis jer kje aku dan takde perasaan bosan walaupun 24 jam asyik menatap kertas lukisan tu.. tapi sekarang bila aku sambung belajar dalam bidang yg berlainan dgn bidang seni halus, aku dah jarang melukis. Kalau nak melukis pun tunggu ader ilham or keinginan untuk bg gift kat member... tapi bila nak start balik melukis, tangan ni rasa kekok sangat2.. sebab saper2 yg terlibat dengan bidang seni lukis ni kena melatih tangan dia hari2 untuk melukis.. kalau x, mmg keras cam kayu la jawabnya..


Walaupun aku dah tak terlibat secara langsung ngan seni, insyaALLAH aku takkan jauhkan art dari hidup aku sebab hnya art je yg leh wat aku kurangkan stress aku dan jadi jalan untuk aku luahkan segala ilham yg mencurah2 dalam kepala aku nih... Selain melukis actually, banyak lagi jalan untuk ekspresi benda2 seni ni... Aku pelajar IT so, aku jadikan kmahiran aku ni sebagai alat untuk aku terus menceburkan diri dalam bidang seni. Contoh paling terdekat ialah peljari banyak program yg berkaitan dengan grafik komputer.. Sekarang ni pun aku belajar untk mereka wallpaper untuk hiasan laptop dan blog aku. Tu juga melatih aku ntuk sentiasa berkreatif. Hahahaaa~~~!! Nak seribu daya, taknak seribu dalih...


Aku harap korang pun takkan melepaskan sesuatu yg dah sebati ngan diri korang asalkan ia tak membawa kemudaratan kat diri korang sendiri...


InsyaALLAH... Aminnn...