Showing posts with label Kesihatan^Diri. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan^Diri. Show all posts

kebaikanDISEBALIKminumanJUS

Saper kat sini yang tak berapa gemar pada minuman jus...? Maaf la kalau aku terpaksa kata yang korang rugi sangat2 sebab di dalam setiap perahan buah-buahan atau sayur-sayuran ni, terdapat banyak nutrien penting yang baik untuk badan kiter. So, bagi penggemar2 jus, tahniah diucapkan kat korang2 dan kepada mereka2 yang belum merasai kenikmatan minuman jus, di sini aku sediakan beberapa jenis jus yang korang leh try kat rumah k. Mana tau leh jadi salah satu minuman kegemaran korang pulak..

JUS TOMATO:
Membantu menjaga hati, stamina dan menyihatkan badan.

JUS LOBAK MERAH:
Memelihara penglihatan.

JUS OREN:
Bertindak sebagai antibodi yang menjaga ketahanan badan. Ia juga baik diminum setiap hari oleh mereka yang menghidap gusi berdarah dan gigi rosak.

JUS EPAL:
Mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potassium, fosfor, kalsium dan sodium. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan C. Membantu menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Bak kata pepatah, "An apple a day keep the doctor away."

JUS NANAS + BETIK:
Melancarkan pencernaan dan amat sesuai diminum bagi mereka yang kurang selera makan.

JUS NANAS + TIMUN:
Kalau dah makan seafood banyak2 tu elok minum jus ni kerana ia membantu menurunkan kolestrol dalam darah.


...so, apa lagi? Mulakan cara hidup sihat sekarang dan amalkan minuman jenis jus setiap kali korang menjamu selera k. Selamat mencuba!

Akibat DEMAM^DENGGi, AKU ditazkirahkan... Sadissss tol..!



"Salam...
Buah? Bunga? Menatang aper lak yang aku post tibe2 nih? Actually baru2 ni my elder bro telah dimasukkah ke hospital Ampang Putri gara2 penangan DEMAM^DENGGI... Cam tak cayo jer aku dia leh kena demam tuh sebab dia ni kaki sport gak. Tiap2 petang, kalau dia takde wat pape pas keje confirm dia akan abihkan masa dia ngan main basketball kat court. Pelik tul... ermm..

Tapi kalau ALLAH kata "kun, fayakun"... Jadi, maka jadilah... Family aku masa tu memang risau ar.. Abah aku lak berulang-alik dari PERAK - KL semata-mata nak melawat dia. Dalam masa abang aku tengah melawan sakit dia, abah aku tak henti2 ingatkan dia yang kita ni hanya manusia biasa, dan jangan lupa ALLAH itu Maha Besar, jangan tinggalkan solat sebab sepanjang kita hidup HANYA ALLAH dapat membantu kita dunia & akhirat... Bukan jer kat abang aku jer kena diperingatkan camtu, kitorang yang stay kat PERAK nih pun turut merasa gak la ditazkirahkan... Huhuhuuu... ...dan aku rasa bukan telinga abang aku jer panas, telinga aku ngan siblings aku pun cair gak ar... Tapi alhamdulillah, kitorang leh terima ngan baik nasihat abah.

Berbalik kembali pada hal bunga & buah tadi, semua menda2 tu boss abang aku yang bagi. Mahal tak mahal taktau la coz yang penting aku dapat merasa buah dragon fruit. Penuh tangan aku ngan warna buah tu. Separuh adik aku makan dan separuh lagi selamat dalam perut. Tak manis sangat buahnyer dan sesuai untuk mereka2 yang ada masalah kencing manis. Yang penting bukan buah tangan yang abang aku dapat tapi masa yang member2 dan keluarga terdekat luangkan untuk dia. Berbanyak-banyak terima kasih kat semua especially kat abah sebab tak henti2 berdoa kat anak lelaki sulung dia..
- (^^) TERIMA KASIH -