Showing posts with label Edisi Lepas^Geram. Show all posts
Showing posts with label Edisi Lepas^Geram. Show all posts

Wahai Orang2 Muslim... Makna Tidak Baik Disebalik "A'kum"



Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

----------------
Now playing: ST 12 - Cari Pacar Lagi
via FoxyTunes

aWEIRDaboutBROWNis...

Assalamualaikum...

BROWN... Per yang korang tau pasal BROWN ek...? yup, btul, sejenis nama warna di mana setiap kali korang bukak jer kotak pensil warna tu, mesti BROWN tu duk kt sebelah si itam, kan? Tapi BROWN yg aku nak citer ni takde kena mengena ngan pensil warna.

Malam tadi, sedang aku sibuk2 mencari ilham untuk BLOG, aku sign in YM. Then ader mamat ni PM aku dan dia gelarkan diri dia BROWN.. Dia cam tak suka bila aku cakap dia pelik. Walaupun dia seorang lelaki yang normal, aku still anggap dia pelik di atas sebab2 tertentu.

Aku rasa dia ni jenis yang banyak menentang sebab banyak batu duduk atas itu kapala. Aku try invite dia tgok BLOG aku. Aku just nak mintak pendapat dia. Pastu dia kata "tak minat tgok blog la. banyak citer mengarut".. Ok, aku leh terima lagi. Then aku cakap nak mintak pendapat tentang wallpaper yg aku wat sendiri, dia jawab, "tak reti tgok wallpaper". Ok, aku sabar lagi. Then dia masuk gak blog aku pastu dia kata, "...bla... bla... bla... (panjang sangat dia mengarut; kalah citer2 dalam blog blogger sedunia).. last2 dia cakap, lebih baik letak lirik lagu Raihan.

Tu jer yg aku dapat hasil daripada view dia dalam BLOG aku. Tanya lain tapi jawab lain. Cam tak faham soklan jer... Asyik menentang. Geram sebab dia rasa macam dia jer yang betul.. Dia wat aku rasa down dan spoil mood aku nak chat. Last2 aku jadi marah dan sedeyyy... uhuhuuu.. Uuuwaaaa!!!

Sekali-sekala bagi la aku chance untuk rasa diri ini pandai ckit dari org lain. Ni, tak... dia jer yang kaut kepandaian tu lebih2. Tak adil tul. Orang educated macam tu eh? Dia ingat dia pandai dan boleh hentam org lain dgn kenyataan 'membunuh' dia? ilmu yang kita dapat bukan untuk menghentam orang lain tapi bagi galakan dan menghormati kehendak dan kesukaan org lain.

Salah ker mengarut dalam BLOG? sekurang-kurangnyer kita tak wat benda yang tak elok. Just want to express how we feeling and share it with people. Then bukan 100% mengarut coz ader artikel2 yg berguna yang boleh di sharekan dgn org lain. It's not too shabby to have a BLOG. Entah kenapa susah nak bg dia faham. Bagi pendapat sikit pun umpama kena bagi 1 juta hengget Malaysia kat aku.

Tapi takpe.. Thanx to him coz aku ader post baru untuk dipaparkan cuma smua jadi tak beshhh sebab artikel ni cam tak mesra alam langsung. Silap2 hari bulan aku jadi anti ngan kaler BROWN nih.... hik hik hik... Erm... tak jugak.. susah sebab aku ni pencinta ART dan aku suka smua kaler. Penentangan daripada dia sorang tak bermakna apa2dan tak dapat menghancurkan kesukaan aku terhadap warna termasuk kaler..... BROWN...!