Showing posts with label .:Cinta dan Perkahwinan:.. Show all posts
Showing posts with label .:Cinta dan Perkahwinan:.. Show all posts

.:Meriahnya Majlis Perkahwinan Kawan Sekolahku, Sasrul Azmira:.

Assalamualaikum..

Hmm.. Dah lama rasanya tak menyinggah BLOG nih.. Baru-baru nih aku ade gi ke majlis perkahwinan teman waktu sekolah menengah.. Sasrul Azmira, salah seorang temanku yang paling gila-gila masa sekolah dulu.. Kalau nak ingat balik imej dia masa sekolah dlu, dia kalau gi sekolah lengan baju sekolah tu suka betul disengseng sampai ke siku..

Dengan B'Are ni kitorang fun la.. Masa tu kelas kitorang (4 & 5 Teknika) cuma ada 6 orang perempuan jer masa tu.. Yang lain suma budak2 lelaki.. Pelajar perempuan yang satu kelas ngan kitorang masa tu klau tak silap aku la.. AKu (of kos la), B'Are, Mumtaz, Mastura, Mazlinda dan Hazah.. Kalau ada yang tertinggal, sowi.. Benda ni dah lama.. tak ingat (^^)..





Majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah sekali.. Ramai member2 sekolah datang, cikgu sekolah aku masa menengah rendah (puan Aisyah) pun datang gak.. Tu pun pas member (Faizah) bagitau..

Masa akad nikah, B'Are dan suami mengenakan baju kaler yang sedondon.. Kuning air klau tak silap aku. Dia ngan suami takde la gabra macam kebanyakan bakal pengantin masa berlangsungnya upacara akad nikah tu.. Aku tengok selamber gila (mmg perangai B'Are camtu - sejak dari sekolah), tak berubah2.. Adesss..





Ni pelamin di mana pasangan pengantin disandingkan.. Cantik jugak la.. Kat pelamin ni tempat posing maut B'Are ngan suami dia masa hari tu.. Ahli keluarga, makcik pakcik dan lain2 lagi suh dia posing kat situ.. Nak taknak dia ikut jer.. Hahahhaa.. Tapi aku tak letak gambar tu sebab kabur la.. Kamera hp apa la sangat kan?.. UUuuu~~



Ni plak gambar masa B'Are dan suami disandingkan.. Dua2 mengenakan baju kaler ungu (lebih kepada kaler pink).. Cantik dan sweet.. Masa ni aku dan kawan2 yang lain sempat la merenjis2 kat dua2 mempelai nih. kitorang bukan jer tabur bunga rampai kat pengantin, tapi dgn pengapit perempuan pun kitorang tabur sekali.. Mun.. maafkan aku.. Diorang wat, aku pun nak wat sama~~~!! Hahahaha.. Mun masa tu diam jer la.. Tapi aku tau dia sporting habis masa tu.. Last minit kot jadi pengapit B'Are.. Tapi apa2pun, ko mmg vogue la Mun~





Ini adalah di antara member2 yang satu kelas dan satu sekolah ngan aku yang datang kat majlis kawen B'Are gak.. Dari kiri belakang (bju ungu) tu Mumtaz, belakang (tudung merah) tu Faizah, kiri depan lak Mazlinda, tengah Emma dan kanan tu Mastura. Suma dah lain.. Dah matured2.. Dulu cam budak2 jer.. Hahahahaa.. Mana taknya... sekarang suma dah pandai melaram.. Huhuhuuu..





Ni gambar Mumtaz dan Emma.. Saje nak ambik poss diorang nih.. Sebelum ni gambar diorang berdua aku dah letak kat POST masa B'Are bertunang.. Kali ni masa B'Are kawen pn aku ade letak gak gambar diorang.. InsyaALLAH Emma bakal melangsungkan perkahwinan dia bulan MAC 2010.. Huhuhuuu.. Lagi sorang memberku kawen.. AKu? heehee.. Cam biasa, aku tunggu Mun kawen dulu.. Hahahaaa..

P/S:
So, B'Are.. Aku nak wish kat ko SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga hubungan kalian kekal dunia dan akhirat.. Aminnn~ Kepada teman2ku yang bakal melangsungkan perkahwinan, aku nak mintak maaf awal2 kalau aku tak dapat gi majlis korang.. Biasa la.. komitmen pada study kan... Aku harap korang faham.. InsyaALLAH, klau ade masa aku akan cuba gi jugak.. (^^)

Dua mempelai cantik berseri,
Cincin disarung tanda pengikat,
Semoga jodoh kekal abadi,
Dari dunia hingga akhirat.

Aminnn~~

To SASRUL AZMIRA... Semoga Kekal Hubungan ke Jinjang Pelamin.. InsyaALLAH. Aminnn...


Assalamualaikum...


10 Julai yg lalu aku baru sampai Seremban. 2 minggu lepas aku still ader kat Perak lagi menghabiskan cuti sem aku kat sana dan 2 minggu yg lepas tu jugak la aku gi umah member aku B'are. Dia bertunang. Aku ngan member aku, Faizah terkejut gak sebab takde angin takde ribut tiba2 dgr dia nak bertunang Tu pun Mumtaz member masa form 5 bagitau. Kalau tidak taktau aku dia bertunang hari Sabtu tu. Aku igt nak ajak Faizah merempit ngan aku sekali ke SKC tapi dia lak bz ngan bisnes pasar malam family dia. Mun (Mumtaz) dah ajak, so aku kena gi ar. Dah plak tu B'Are (Sasrul Azmira) boleh dikatakan ngam ngan aku dan budak2 pompuan kelas 4/5 Teknikayg lain sebab course Teknikal tu lebih ramai budak lelaki berbanding budak pompuan. Pompuan just 7 org je (aku, Mun, B'Are, Linda, Hazah dan Mastura). Yang lain suma lelaki. So, disebabkan Faiz (Faizah) tak dapat ikut, aku ajak la adik aku gi sama.


Seperti yang dirancang, aku gi umah Mun dulu sebab kitorang dah janji nak gi sama. Lagi pulak aku tak berapa igt sangat jalan ke rumah B'Are. Aku igtkan aku lambat sebab rancang kul 11-00 pagi tapi sampai kul 11.30 pagi. Rupa2nya Mun lagi lambat. Bukan aper, dia plak beriya2 cam dia yg bertunang. Hahahaaa... Memang terserlah baju yang dia pakai hari tu. Berkilat2 macam baju mak datin.. Hee.. Sementara aku ngan adik aku tunggu 'mak datin' tu bersiap, kitorang sempat main2 ngan kucing2 dia. Masa tu aku tengok ader 3 ekor. Aku main ngan kucing dia yg kaler oren(gambar kat atas tu).. Betina tapi ganaz siottt... Bercalar abis tangan aku. Pas main, aku tangkap ar gambar dia. Memang mesra kamera si oren tu. So takde masalah posing untuk aku. Huhuhuhuhuu...


Dah bersiap si Mun tu, kitorang pun bergerak ke rumah B'Are. Dia merempit ngan adik dia. Aku merempit ngan adik aku. Memang rempit abis ar sampai reben yg diorang letak kt barang hantaran B'Are tertanggal. Hahahhaaa.. Dah sampai, kitorang bersalam ngan mak B'Are. Dah masuk je ke umah B'Are, aku nampak B'Are macam celebrity lak. Penuh flash kamera kt muka dia. Dia berbaju tunang kaler hijau. Cantik dan tak macam B'Are yg aku kenal masa sekolah dulu. Dulu sempoi gile minah tu. Sekarang ni cantik dahhh.. Huhuhuhuu.. Masa tgh sibuk tgok B'Are, ader member duk panggil nama aku ngan Mun. Rupa2nya member masa sekolah menengah dulu pun ader datang sekali, Emma dan Salmizah. Diorang still macam dulu. Aku je yang lain, makin chubby. Huahahahaaa..!! Seperti gambar kat atas tu, Emma sebelah kiri dan Mun sebelah kanan. Gambar Mizah aku ader ambik gak tapi masa dia tgh makan. Dia taknak aku paparkan so gambar mun ngan Emma jer la aku tunjuk. Lagipun gambar tu mulut dia penuh dgn nasi. Heehee.. (sajer ambik gambar macam tu..) Kenangan.. kui.. kui... kui... Dah berjumpa tu apalagi, mulalah isu bercerita tentang diri masing2. Yang paling banyak, isu tentang kawin. Bila diorang tanya aku, aku cakaplah aku takleh potong line Mun. Mun dah kawin, baru aku leh naik pelamin gak. Hahahaa... Tak pasal2 Mun lak kena kawin dulu daripada aku. Mizah dah kawin dan ader anak dah. Emma bertunang. Mun ngan aku je lagi still takde ikatan aper. Tapi Mun tu mesti dah ader bf dah. Sajer tak mo cakap kt aku. Rahsia konon. Aku jer still single. Hahahaa!! Single la sangat.. Huhuhuuu...


Dah bersembang sakan, aku masuk bilik B'Are nak tangkap gambar dia. Aku tgok banyak gak barang hantaran pihak perempuan. Tapi dalam banyak2 tu aku berkenan sangat kat hiasan yang berbentuk sotong tu.. Cantik. Kaler pink lagi. Huhuhuhuu.. Pas tangkap gambar B'Are, aku tangkap gambar Mun ngan Emma. Then, pastu makan dan kitorang balik. Memang meriah la.. Majlis betunang macam majlis akad nikah lak. Baju dia pun vogue giler.. Cam baju nikah sampai aku ngan Mun keliru saman ada dia bertunang or bernikah. Hahahaa!! Tapi apa2pun, aku ngan member2 doakan hubungan B'Are ngan tunang dia kekal sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia dunia akhirat. InsyaALLAH, aminnn...


Selingan: Bila laa Mun nak kawin nih.. Baru cepat aku dapat seru.. Huhuhuhuhhuu..


----------------
Now playing: ST 12 - Jangan Pernah Berubah
via FoxyTunes