COKLAT? Suka!! Tapi... OK ker??

Bile sebut je pasal COKLAT aku tak leh lupa camne berkrimnya rasa COKLAT tu especially Cadburry brand.. Perghhh... meleleh aku. Tapi ade gak yang bile dengar je word COKLAT, perkara pertama yang diorang akan ingat ialah COKLAT itu menggemukkan, manis dan tidak menyihatkan. Kalau ambil COKLAT secara berlebih-lebihan, memang la akan menggemukkan. Camne plak kalau makan COKLAT secara sederhana?

Aku akan kongsi ngan korang artikel tentang COKLAT yang aku baca kat dalam majalah REMIX. Terpulang pada korang nak tentukan COKLAT tu camne k. Sekurang-kurangnyer korang ader sedikit pengetahuan am tentang COKLAT.

SATU
Suatu kajian telah dijalankan di Universiti Pittsburgh dan didapati COKLAT tidak menyebabkan migrain seperti yang orang fikirkan. Jadi mereka yang sering migrain dan sakit kepala, tak perlu rasa takut untuk menikmati coklat!

DUA
COKLAT mengandungi bahan seperti ubat penenang. Ia mampu menjadikan kita lebih sihat. Ia juga mengeluarkan endorphins yang mampu membuatkan pemakannya merasa happy sangat2! Hmm... jadi kalau rasa sedih2 tu, makanlah COKLAT.

TIGA
COKLAT dikatakan menguatkan sistem pertahanan badan. Ia juga mampu jauhkan kita daripada dijangkiti demam dan flu.

EMPAT
COKLAT bukan penyebab jerawat! Jerawat disebabkan perubahan hormon dan genetik. Jangan stress takut jerawat tumbuh sampai tak makan COKLAT.

LIMA
Dalam COKLAT terkandung bahan kimia yang mampu mewujudkan perasaan sayang. Jadi kalau nakkan si dia lebih sayangkan anda, hadiahkan si dia COKLAT kegemarannya.

ENAM
Di dalam sekeping COKLAT terkandung magnesium yang diperlukan badan. Ia mampu menghindari segala kesakitan waktu period (PMS).

TUJUH
COKLAT takkan sekali2 menggemukkan jika ia diambil secara sederhana dan selalu mengamalkan exercise.

Sources: Majalah REMIX.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment